Tuesday 12 September 2017


_ Pembuatan Songket_




 Sebenarnya selepas kite ketahui tentang songket,kite nak tahu juga bukan tentang cara songket dihasilkan.Jom kite teliti satu per satu ....

1. Melerai
       Benang yang telah kering akan dimasukkan ke dalam sejenis alat yang bernama rahak untuk diputarkan pada satu alat yang bernama peleting. Proses ini dipanggil melerai. Terdapat dua jenis rahak, iaitu darwin pakan dan darwin emas. Darwin pakan digunakan untuk benang pakan sahaja. Ia diperbuat daripada buluh dan tali atau rotan. Darwin emas pula digunakan untuk benang emas sahaja dan diperbuat daripada kayu atau dawai kerana benang emas kasar dan berat.
2. Menganing

     Benang yang telah menjalani proses melerai dimasukkan ke dalam alat menganing untuk menentukan ukuran panjang benang yang hendak dimuatkan pada alat ini. Biasanya segulung benang pakan atau seloseng yang berukuran 26 - 31 m boleh menghasilkan 12 - 14 helai kain.
3. Menggulung

     Benang yang telah dianing akan digulung pada papan gulung mengikut lebar gigi jentera dan panjang losen pada papan gulung yang hendak dipasung. Losen ialah benang yang memanjang pada kek. Kedudukan benang perlu diperiksa setiap tiga kali menggulung untuk memastikan susunan kemas.

4. Menyampuk


       Menyampuk ialah proses memasukkan benang losen ke dalam gigi jentera atau sikat. Biasanya, proses ini dilakukan di dalam kek mengarak supaya senang untuk menyampuk benang kepada jentera. Setiap lubang sikat disusukan dua urat benang losen. Pada kedua belah hujung sikat itu disusukkan empat urat benang supaya tepi kain tidak terkoyak apabila disangkutkan pada kayu sumbi kain. Sumbi kain ialah sebatang anak kayu yang mempunyai paku di kedua-dua belah hujungnya. Sumbi kain menjaga tepi kain tenun supaya sama jarak dan tidak berkedut.
5. Menghubung

      Menghubung ialah proses menyambungkan benang daripada losen kepada benang yang tertinggal pada jentera. Cara ikatannya dipanggil ubung tindas. Proses ini bertujuan menyambungkan benang losen untuk menenun. Meja kecil dinamakan meja hidangan berukuran 10 cm panjang, 8 cm lebar dan 20 cm digunakan untuk menghubung.
6. Mengarak

    Kerja mengarak dilakukan setelah selesai proses menyampuk. Mengarak dilakukan dengan melilit benang asing atau benang karat kepada kayu karat, termasuk benang losen. Jumlah karat yang digunakan biasanya hanya dua karat dan setiap karat mempunyai empat batang anak kayu.
7. Menyolek

     Kerja menyolek bunga merupakan kerja yang paling rumit dalam proses menenun kain songket. Cara menyolek reka corak adalah dengan menyusulkan lidi-lidi buluh pada benang losen yang dikehendaki. Biasanya kain songket ditenun dengan teknik tekat tiga atau tekat lima. Jika menggunakan tekat lima, setiap lima unit benang losen, satu benang alas ditolak ke bawah dan benang-benang alas ini disengkang pula dengan belira. Setelah benang losen berada di atas, barulah kamu boleh menyolek dalam pelbagai corak pada benang losen dengan menggunakan lidi buluh. Belira dimasukkan pada setiap lidi buluh tadi mengikut giliran. Belira ditegakkan untuk menyenangkan ikatan benang butang. Butang-butang inilah yang akan menjadikan corak atau motif bunga di atas kain songket. Apabila selesai proses menyongket, benang losen bersama karat-karatnya ditukar ke kek tenun untuk ditenun agar menjadi kain songket.
8. Menenun
     

       Menenun adalah proses terakhir, iaitu benang losen dipangkah oleh benang pakan untuk dijadikan kain. Bagi kain songket bercorak penuh, benang emas dilayarkan melalui torak benang emas untuk menghasilkan sulaman motif bunga atau hiasan reka corak penuh. Bagi kain songket corak melintang atau corak bunga bertabur, benang emas dilayarkan melalui cubaan untuk mendapatkan motif-motif yang dikehendaki. Lazimnya selepas satu benang emas dilayarkan, ia dikepuh (beat) dan diikuti pula dengan melayarkan dua benang pakan. Penenun akan menukarkan benang butang mengikut giliran dan corak yang telah ditentukan. Proses ini diulangi sehingga menghasilkan sehelai kain songket.

__REKAAN SONGKET II__



 
 
Hello guys !!! okay now saya nak sambung lagi about rekaan songket . Sekang kan fesyen cepat sangat
trending. Dah tak macam dulu da.Know what sekarang songket juga mendapat tempat dalam pembuatan kasut .Of course la kasut untuk para wanita kan . Sogket yang mempunyai corak yang cantik dapat membuat si pemakai kelihatan anggun dalam memakai kasut yang dihasilkan dari kain songket.
__REKAAN SONGKET__


Sebelum ini saya sentuh tentang apa sebenarnya songket itu dan dari mana sebenarnya songket itu bertapak. Pada zaman dahulu kite dapat menspesifikasikan songket ini untuk dipakai oleh  kerabat diraja sahaja.As the time fly, kita dapat lihat songket ini mula mendapat tempat di hati rakyat dan mula dipakai oleh sesiapa yang mampu as harga sepasang songket dahulu amat la mahal .Sekarang yang amat menarik songket ini mula dipakai oleh semua orang dengan pelbagai bangsa dan agama .Of course pereka fesyen sekarang berlumba - lumba untuk mencipta rekaan yang dapat menambat hati pengguna dengan menvariasikan  rekaan dari segi hasil dan coraknya  mengikut peredaran masa yang sesuai.










Dengan cara tenunan yang halus dan teliti plus corak yang cantik dapat dihasikan,songket ini juga mula digunakan sebagai satu material untuk menjahit baju pengantin serta baju yang dipakai untuk ke majlis khas.Jika kena dengan corak dan fesyen yang sesuai,pastinya baju atau rekaan yang dihasilkan akan mendapat tempat dalam dunia fersyen terutamanya fesyen muslimah .



SONGKET????  

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua!! first and foremost ,today saye nak explore about songket. Kita semua tahu  bukan bahawa seni songket ini merupakan satu budaya dan seni yang sudah lama wujud dalam nagara kita?


Songket merupakan sejenis kain yang biasanya ditenun dengan mesin tradisional, dan mempunyai corak rumit benang emas atau perak. Perkataan songket bermaksud membawa keluar atau menarik benang daripada kain atau menenun menggunakan benang emas dan perak.

 Dari segi sejarah, ia hanya dipakai golongan bangsawan - keluarga kerabat diraja dan orang besar negeri. Kehalusan tenunan dan kerumitan motif corak songket ketika itu menggambarkan pangkat dan kedudukan tinggi seseorang pembesar. Ia telah terkenal di Malaysia dan Indonesia sejak abad ke-13 yang lampau.
Songket punya nilai sejarah yang tinggi sebagai fabrik warisan agung. Selain mengangkat martabat si pemakai, motif dan warna tenunan songket melambangkan kedudukan seseorang.